Daisypath Anniversary tickers

Saturday, 8 December 2012

WEASLEY 9




BAB 9 

                                            

Kini,setahun sudah berlalu…………….
Tahun sudah berubah,sudah tentu manusia juga berubah.Zara dan Elman tidak bergaduh lagi.Perang-perang sweet sour adalah sikit-sikit.Mereka menjadi sahabat baik.Sekarang ni ,kalau ada masalah saja,Elman pasti luah dekat Zara.Begitulah juga sebaliknya.Ajaibkan diaorang boleh berbaik.


Dalam bilik no.9,hari minggu,waktu petang……
“Aku rasa sekejap je kita dah form 5.NI baru bulan satu,pejam ,celik,pejam,celik,nanti dah SPM.”bebel Faris kepada 5 insan yang sedang bertapa di atas katilnya.
“Haah,alligator  ngan lion  pun dah jadi kawan kan.”usik Azfar.Bukan buaya tau....buaya utk 5 insan lagi
“alligator ngan lion mane plak ni?”Rayyan kebingungan.
“haah lah.Dulu kata it’s impossible,okey.Sekarang,kalau gaduh-gaduh manja dengan Balqis pun nak ngadu jugak kat Zara tu”balas Iysraf sambil tersenyum kambing.Satu lagi perkara penting,Elman sudah meluahkan perasaan cintanya kepada Balqis pada bulan 5 tahun lepas.Mereka tak couple,couple kan haram,tapi sudah berjanji untuk ke jinjang pelamin.sweet tak?
“Haishhhh…korang ni,tak yah la ungkit benda lama.Let bygones be bygones lah.”Mukanya sudah kemerahan.Macam mana diaorang tau aku ngadu kat Zara ni?ni mesti Zara yang bagitahu.siap kau Zara.Gaya bahasa kau-aku masih dikekalkan.Dengan Balqis je yang berubahnya.Maklumlah ratu hatilah katakan…..
“hahahahahahahahahhahahahahahaha”5 insan gelak bersama-sama.5 biji bantal kena tepat diwajah 5 insan.Terdiam sekejap.
“Bukan tu je Iysraaaaf,kalau ada subjek yang dia tak faham,semua discuss dengan Zara.Si Balqis tu first ranking every semester, 4.0,tapi Zara jugak tempat nak bertanya.Tu yang Balqis kadang-kadang jeles tu.”Tambah Hafiz
“Zara tu not bad okey.kan dia second ranking every semester,korang lupa erk?”Balas Elman.
“Kau tengok tu kawan-kawan...tengok tu,Zara jugak dipertahankan”Sengaja Rayyan mencurah minyak ke dalam api.
“Bukan personal matter je dia share denagn Zara,study pun same.Pendek kata semua dia share.Dengan Balqis aku pun heran,apa yang dia share.kata suolmate”
“Siapakah diantara mereka,suolmate kau yang sebenarnya”Faris menyanyi.melodi yang sama,lirik diubah seperti biasa.
“WEH,tu la gunanya kawan.Eh..aku belum solat asar lagi la…”Elman mempertahankan dirinya.Pantas dia beredar ke  surau a.k.a melarikan diri.Macam kena tembak dengan machinegun rasanya.
“nak lari lah tu…..”Kata Azfar.
“mana ada”

**********************

First time menjejakkan kaki ke kelas setelah setahun bercuti.Rasa macam freshie pula.Guru kelas mereka masih sama,jadi kedudukan mereka juga masih sama,Cuma lokasi yang berubah.

Wajah –wajah dalam kelas tersebut semakin matang.Wajah saja Nampak matang,tapi perangai masih sama dengan pelajar darjah 5.The Six Evil masih lagi dengan kerja jahat mereka.Semalam,mereka memancitkan tayar motosikal pak guard yang berlagak macam pengetua tu.Kemudian,disorok di dalam stor.iskh..iskh..bilalah nak matang?
Kelas pada pagi ini dimulakan dengan sudjek sains.
“Sebelum kita belajar,saya mahu beritahu kamu beberapa fakta yang mungkin kamu tak tahu.Pertama,sebenarnya,epal lebih berkesan menghilangkan rasa mengantuk pada waktu pagi berbanding kopi.Kedua,satu-satunya makanan yang tidak basi adalah madu lebah.daaaan…yang terakhir menurut kajian saintifik,pemakaian tudung dapat melindungi facial nerve wanita.Oleh itu,wanita yang memakai tudung akan Nampak lebih  awet muda.Kalau nak tau lebih mendalam lagi,kamu bolehlah Tanya Pakcik Google.”Agak terkedu jugalah beberapa pelajar perempuan yang freehair kat luar,termasuklah Zara.Sifat diakan kasar sedikit,maklumlah dia anak bongsu dan mempunyai 4 orang abang. Rambut dia pun macam lelaki.Nak kata tomboy,marah pulak bile orang panggil dia macam tu.
Elman memandang ke arah Zara yang sebaris dengannya,lalu tersenyum sinis.Zara tidak mengendahkannya.Dia sudah mengenali Zara sejak kecil lagi.Keluarga mereka bersahabat baik.

Flashback ………….
fisrt time jumpa Zara.Masa tu dia umur  5 tahun.Keluarga dia melawat datang melawat ke banglo mewah keluarga Zara.Dia ternampak Zara sedang mengejar beberapa ekor arnab berwarna putih.Dia tertarik untuk mendekati Zara.Fisrt time juga dia mahu bercakap dengan budak perempuan.
“Awak,boleh saya kawan dengan awak?Nama saya Elman.”dia berhenti di hadapan Zara dan menghulurkan tangan.
“tak nak.Saya tak nak kawan dengan awak.Saya tak nak kawan dengan sesiapa.Jangan kacau saya”Zara memang tidak suka berkawan.Dunianya hanyalah bersama haiwan-haiwan kesayangannya.
Mereka juga satu tadika dan satu sekolah.Sudah beberapa kali Elman bertemu dengan Zara yang bermain sendirian tanpa pengetahuan sesiapa,termasuk rakan-rakannya.Dia hanya mahu berkawan dengan Zara.
“Zara,jomlah kita jadi kawan.”

“Berapa kali awak nak Tanya.Saya tak nak berkawan dengan sesiapa.”jawapan Zara ketika darjah 1 samapi darjah 3.Setiap kali Elman bertanya soalan yang sama,sama jugalah jawapan Zara.Dia hairan dengan Zara.Budak perempuan lain,berebut nak berkawan dengan dia.Tapi dia tidak layan.Zara pula,terbalik dengan mereka.
Apabila darjah 4,Zara sudah mula mempunyai beberapa orang rakan.Elman tidak berputus asa.Masih bertanya soalan yang sama tanpa pengetahuan orang lain.Jawapan Zara sesikit berubah.Lain pulak jawapannya namun tidak mengubah apa-apa.tetap tidak.

“Saya tak nak kawan dengan awak.Awak selalu kena kejar dengan ramai pelajar.Saya rimas lah.Awak kawanlah dengan peminat-peminat awak.”Ya,Zara tidak suka berkawan dengan HoT Guys.Itu jugalah jawapan Zara sampai darjah 5.apabila darjah 5, Zara pindah. Elman sedih sangat.Tapi dia tidak pernah melupakan budak perempuan yang bernama Zara.Dia sendiri terkejut apabila anak Uncle Ry  berada satu sekolah dengannya.Agaknya sebab itulah dia marah sangat bila Zara tumpahkan air atas bajunya.Dia masih mengenali Zara.Tak pernah sekalipun dia terlupa.haaaisshhh…..baru sekarang dapat jadi kawan kau Zara…zara..zara.

“TENGKU ELMAN HARITH!!!!!Kenapa kamu tenung anak dara orang lama sangat tu?Dah setengah jam tahu tak”Sergah Pn.Malisa.Mula-mula dia tidak mengendahkan tenungan Elman,tapi dah setengah jam tak berhenti lagi.Aku yang tua ni pun seram tengok cara dia tenung Zara.
Muka Zara sudah merah.terus dia tunduk….baru dia terperasan Elman memandangnya.Apa kena dengan dia tu?Siap dia lepas ni.Faris di sebelahnya cuba menahan gelak.Dia memang sudah lama perasan.Elman…Elman…..
“Errrr…errr……mana ada saya tenung Zara,cikgu.Saya pandang burung yang ada kat atas pokok tu”macam mana boleh terkantoi ni…alamak…..mengamuk la Qis lepas ni.Ya,muka Balqis juga turut  merah menahan geram.Selama ni dia memang cemburu,Elman sentiasa melebihkan Zara dalam semua perkara.Tapi tidak  ditunjukkan cemburunya kerana Zara sahabatnya.
“Kamu ingat saya ni buta,Elman?Kalau pandang dia macam nak buat bini,baik masuk meminang terus.Tapi kamu kan dengan Balqis?Siap berjanji nak kawin lagi.Mana satu kamu ni Elman.Baik kamu buat istiharah.Jangan esok dah kawin,baru menyesal”Kantoi lagi…macam mana cikgu tahu pula ni…tak yah buat istiharah cikgu,saya yakin Balqis untuk saya....

Kali ini Faris tidak dapat menahan tawanya.Begitu juga dengan pelajar lain terutamanya,The six Devil.Hanya 3 insan sahaja tidak ketawa.Kini muka Zara bertambah merah kerana malu+geram.Balqis dan Elman pula bertambah merah kerana malu.
“Siap kau Elman.Tak pasal-pasal aku terbabit.”Zara sudah geram.Dicubit paha Faris yang ketawa tak ingat dunia.
“cikgu takkan lah saya nak pandang muka Zara yang tak komersial tu.Cikgu yang salah faham”
‘berani lagi kau kata macam tu,Elman.’Geram Zara bertambah.
“DIAM KAMU ELMAN!!!”
Tiada kata yang mampu dikatakan lagi.speeechlesss.......


No comments: