Wednesday, 12 December 2012

Si Putih Kucing Tiga Kaki




True  story......
Ni kisah tentang dua ekor kucing jantan yang ada kat rumah aku.Satu warna hitam  (Combi).Satu lagi warna putih ( Putih).Putih ni PATI(pendatang asing tanpa izin)yang cacat sebab kaki dia ada tiga saje. Combi ni dari fizikal dia perfect lah......dari rohani dia.....mmmmmmm.


Putih ni datang rumah aku sebab ada beberapa ekor kucing betina kat rumah ni.Biaselah kucing jantankan………walaupun serba kekurangan tetap ingin mencuba tanpa rasa takut kat si Combi.Selalunya,bila Combi bertemu dengan Putih je mesti bergaduh.Bila kucing jantan bertemu,mestilah bergaduhkan.

Aku kagumlah dengan Putih ni,dia fight dengan Combi tu macam dia tu normal.Tak hiraukan dia ada tiga kaki je.Gaduh punya gaduh,akhirnya,Combi lari kekalahan.Aku sebenarnya tak sangka yang Putih akan menang.Terkejut jugak aku masa tu.Sejak dari tu,kalau Putih datang je kat rumah ni,Combi mesti menyorok dalam rumah.Mak aku halau dengan penyapu lidi pun,dia tak lari.Wow……ketakutan dia kat Putih ni lebih banyak dari penyapu lidi rupanya…iskh…iksh……Kucing biasanya kalau nampak penyapu lidi mesti lari,tapi Combi ni tak kalau ade Putih.Kena pukul dengan  penyapu lidi banyak kali pun,dia buat keras je…..          

Combi ni macam donut lah.Nampak gagah dan perkasa,tetapi hakikatnya dia boleh lari lintang pukang bila Nampak si Putih ni datang padahal si Putih tu bukan normal pun fizikalnya.Donutkan Nampak cantik dan menyelerakan,tapi bila tekan,mmmmmmm…..lembut….gitulah Combi.

Conclusionnya,contohilah Putih.Kekurangan tak buat dia kurang keyakinan diri.Seolah-olah kekurangan dia tu invisible pada dia……..satu lagi,dont judge a book by its cover.
.



No comments: