Daisypath Anniversary tickers

Sunday, 9 December 2012

WEASLEY 10



BAB 10

      Zara,Balqis,Ariana sedang asyik menyiapkan assignment Miss Lee ketika semua pelajar sedang enak makan.Semalam seronok sangat bergosip sambil terlupa nak siapkan.
“Hello,Girls”The 6 Hot Evil menegur serentak.Mereka sudah lupa agaknya sengketa semalam.bukan kitaorng yang buat hal...si El ni okey....
‘Ini peluang keemasan’bisik hati Zara.Semalam tidak sempat mahu mengganyang Elman.Elman terlebih dahulu melarikan diri.Bukan Elman je,semuaThe 6 Hot Evil.Mereka takut dengan Zara.Manalah tahu,tak dapat Elman,mereka yang jadi mangsa.
“HEI,ELMAN!!!!”Zara pantas bangun lalu dengan tangkasnya menarik tie Elman sekuat hati.Geram sungguh dia.
7 insan yang lain sudah terbeliak matanya + cemas.
“Semalam kau lari kan,sekarang aku dapat kau.Yang kau pergi babitkan aku semalam kenapa?Tak pasal-pasal aku kena sekali.”Tie Elman semakin ditarik kuat.
“Zara,lepaslah kan aku….nak tercekik leher aku tau tak”rayu Elman dengan nada yang tertahan-tahan.Belum pernah dilayan seteruk ni.....memang lah dia master dalam taekwondo,kung fu,silat gayung tapi kesian pulak Zara nanti......sebenarnya dia yang takut sebab Zara pun sama-sama master.......problem masalah betul lah.
“Balqis ada kat sebelah pun aku yang jadi mangsa”
“Kau jangan nak perasan sangat ok.Tak sudi aku  nak tenung muka kau yang tak komersial tu.Cikgu tu yang salah tengok lah.aku tengok burung kat pokok laa...”Suaranya sudah meninggi.Tetap mahu menegakkan benang yang basah.Takkan nak mengaku.
“baik aku percaya.Lepas ni kalau nama aku naik lagi,siap kau.”Dia melepaskan Elman dan kembali duduk menyiapkan kerjanya.Merah pipinya.Mesti Elman ingat dia ni perempuan yg mudah terperasan.Zara, tak mungkin dia nak tenung kau...haaiisshhh kau ni cepat sgt perasannya.Diakan dah ada Balqis. alahaiii.....relaks Zara...

Yang lain hanya mampu menggelengkan kepala.Yang 5 orang tu cuba untuk menahan gelak.Kelima-lima insan itu sendiri nampak yang Elman memang merenung Zara.Tu lah Elman,kau pergi terjah kandang singa tu kenapa?
“weh,hujung minggu ni kita outing sama-sama nak?”Cadang Faris mahu mengembalikan keceriaan dan mengurangkan ketegangan,
“Boleh jugak”semua diantara mereka setuju.

                ***************************************

Sabtu,10 pagi………….
3 orang gadis sedang menunggu  kelibat 6 insan di bustop.
“Tu pun diaorang”serentak dengan ketibaan bas.
“tepat pada masanya.”
Destinasi pertama mereka adalah Shopping Mall untuk membeli keperluan dan kehendak masing-masing.
“Kita berpecah dulu.Belilah apa-apa yang diperlukan.Pukul 12 nanti kita jumpa kat food court,ok”
“ok”Tiada bantahan.
Setelah bersama-sama membeli makanann kering,Ariana dan Balqis bercadang mahu ke MPH untuk membeli novel kegemaran.
“Aku tak nak ikutlah.Aku gi merayau tempat lain ,ok”Zara bukan seperti remaja perempuan yang lain,suka baca novel.Dia geli dengan ayat-ayat bunga yang terdapat dalam novel.
Jalan punya jalan,dia masuk ke sebuah kedai perhiasan wanita yang kurang dikenali The Ovanlig.Tapi dia suka pergi ke situ sejak dari dulu lagi kerana rekaan perhiasan wanitanya yang unik.Mamanya kerap menyuruhnya memilih di kedai lain yang agak famous seperti Co&Tiffany.Dia tidak berminat.
Dia asyik melihat satu rekaan brooch yang agak menarik.Harganya RM sejuta.Sejak dari tahun lepas lagi brooch tersebut dipamerkan yang dinamakan The Cantabria.Brooch itu hanya satu sahaja.Bukan parentnya tidak mampu beli,tapi baginya membazir sahaja.
“Miss,kenapa tiada orang membeli brooch ni?”
“oh,brooch tu.Sebab harganya tidak sesuai dengan bentuknya.Tapi menurut perekanya,brooch ni mempunyai satu ciri yang unik tidak ada pada yang lain.Ciri itulah yang membuatkan ianya begitu sukar dibentuk.”Ya,Zara mengakui brooch tersebut nampak biasa sahaja.Ia berbentuk spiral dan dihiasi dengan beberapa permata putih yang unik.Tapi,dia tidak tahu mengapa dia begitu tertarik dengan brooch tersebut.
“Apa ciri tu,Miss?”
“Perekanya merahsiakan cirri tersebut.Kata beliau,hanya yang membeli brooch tersebut mengetahuinya.Jika yang tidak mengetahui ciri tersebut,pasti dia tidak membelinya kerana seperti yang saya cakap tadi,bentuknya biasa sahaja.”
“Boleh saya pegang sebentar?”Tanya Zara mencuba nasib.
“Boleh”
Dia menggerak-gerakkan brooch tersebut.Saja mengisi masa.Wow….brooch ni bentuk hati la bila digerakkan.Bentuk asalnya spiral,tapi bila digerakkan jadi bentuk hati.Jika tidak digerakkan,bentuknya langsung tiada seperti bentuk hati.Bestnya kalau dapat brooch ni………..tapi taknak lah membazirkan duit daddy.
“Terima kasih,miss”Dia mengembalikan semula brooch itu.Time to lunch.Dia  bergegas ke food court.
Tanpa disedari oleh sesiapa,Elman sedari tadi memerhatikan Zara.Kebetulan dia ternampak Zara tadi.Alang-alang tu,baik skodeng sekali.Macam tak percaya Zara minat dengan brooch tu.Inikah Zara yang seperti lelaki dulu?tidak lagi,sekarang dia sudah memakai tudung sejak dari teguran guru sains mereka.Takpe,nanti aku check out brooch mana yang dia minat sangat tu. 
"El,au buat apa kat sini?jom gi food court"
"eh...er...er...yelah.Jom"terkejut dia disergah Faris.



No comments: