BAB ENAM
Mata Elman memang
tidak lepas daripada memandang Balqis sepanjang-panjang orentasi tu..Zara pulak lebih rela duduk di Tanjung
Rambutan.Di sana lebih baik rasanya daripada buat aktiviti berkumpulan dengan Elman.Lelaki ni tak habis-habis nak ganggu ketenteramannya.Ada saja yang tak kena sepanjang masa.
“Elman ni,kalau dah suka,kalah kita-kita
yang players ni.huh…seram aku”Yelah...macam mana tak seram,Elman pandang Balqis macam nak telan si Balqis tu.
Zara pula semakin rapat dengan mereka.Ya,mereka
selesa dengan Zara yang gila-gila tu sekepala dengan mereka.Ariana dan Balqis
masih malu-malu.Tidak seperti Zara yang selamba tu.Dengan Elman memang tak
mungkinlah Zara nak rapat…macam menunggu monyet bertelur.Memang mustahil.
Pada hari terakhir orentasi,ketika waktu
rehat…………
“yeeeessss….Merdeka!”Jerit Zara di sebuah
meja di dalam taman rekreasi Weasley yang berdekatan dengan kantin.Betapa
terseksa jiwa raganya sepanjang orentasi terpaksa berhadapan dengan Elmo.Ariana
dan Balqis hanya mampu menggerakkan kepala mereka ke kiri dan ke kanan sahaja.Dengan
gembiranya Zara memulakan suapan pertama mihun yang dibeli tadi.Dia makan tanpa
mempedulikan orang lain dengan gelojohnya seperti tidak makan seminggu
“Ehem….”Elman berdehem.Tersedak Zara
mendengar suara itu.Dia terus makan mihunnya tanpa mendongak.Disumbat jugak
walaupun rasa mihun tu seperti getah skrap sejak mendenganr suara Elman.
“Boleh kami duduk?”Zara tidak menafikan
yang meja itu memang muat untuk enam orang lagi.
“Boleh”balas Ariana dan Balqis
serentak.Siapa menolak tuah?Lagipun mereka membawa makanan yang tidak terusik
lagi…..kesian pulak(ayat cover)
‘Aku dah agak dah…..’keluh hati Zara.
“Grazie(terima kasih)”speaking Itali
pulak Elman ni…
“prego(sama-sama)”balas Balqis dan Ariana
lagi.Gembira sungguh mereka.hehehehehhe…….
“Boleh tak kalau kitaorang nak jadi kawan
korang?”
“Boleh..boleh….”Balqis dan Ariana
sepantas cahaya mengangguk.Macam burung belatuk.Siapa tak nak hot guys jadi sahabat.Peluang keemasan tu…..Hanya mereka
je mengangguk,Zara hanya diam.
“Zara,kau sudi tak kitaorng jadi kawan
kau ni?”
“hmmmmm….”
“Okey,kalau cam tu aku ngan kau
zero-zero.Kan dah jadi kawan,takkan nak bergaduh lagi”
“hmmmm”
“eh,kau memang tak de suara ek?”Elman
sudah geram.Memang semua benda yang Zara buat akan ada yang tidak kena dimatanya.Entah kenapa Elman lega mendengar jawapan Zara yang sudah
bertahun-tahun ditunggu,tapi itu dulu.Kenapa kau tak bagi jawapan tu lebih
awal,Zara?Sekarang dah terlewat.Hati aku dah dicuri.
“Aku dah angguk tu,cukup la.Tak yah la
nak paksa aku plak!!!”Zara mula bengang.Macam ni nak jadi kawan???!!!!Insan
yang lain hanya mampu menggeleng kepala.
“Kau ingat suara kau tu mahal sangat
ke?aku rase 1 sen pun tak sampai”
“Sudah…cukup..cukup…sudaah…cukup jangan
bergaduh lagii…perut aku sudah lapar…jom lah kita makaaannnn…”Faris menyanyi
sambil mengubah lirik lagu sudah cukup sudah itu.
“huh”kedua-duanya sudah memalingkan muka.
“aku nak bla”Ujar Zara.cepat-cepat dia
berlalu pergi ke tandas.Bukan sebab air mata nak keluar,ok.Tiada makna nak
menangis sebab Elmo tu.Cuma dia tidak betah duduk lama-lama kat situ.Dah
berasap kepalanya.
'Bagus kau dah pergi....tak lah mengganggu plan aku.'Elman makan dangan hati yang tenang-setenangnya.
No comments:
Post a Comment