Daisypath Anniversary tickers

Saturday 17 December 2011

CERITA DARI GAZA (1)


SUMBER DRPD:MAJALAH MASTIKA

“KAMI TIDAK PERLUKAN AIR MATA KALIAN DI SINI”
“JANGAN  MENANGIS KATA MUJAHIDIN DI SINI”-MOHD.TAHIR ABD.RAHMAN


    Perjumpaan dengan kumpulan pejuang palestin itu meruntun hati saya.Ada yg hlng kaki,kudung tangan dn cacat anggota.Kami sebak hingga menitiskan air mata tapi  para mujahidin itu berkata”jgn menangis.Kami tidak perlukan air mata kalian di sini.Yang penting adalah doa kalian agar kami di sini akan terus kuat utk berjuang demi masjid kamu.Sampaikan salam kami pd rakyat Malaysia.Yakinlah dgn perjuangan ini agar kita sama-sama mempertahankan hak umat islam.”Para mujahidin itu tersenyum.Mereka tidak kisah,bila-bila masa mereka sedia mengorbankan nyawa demi mempertahankan hak orng islam.Terasa kerdil diri ini.



        Kanak-kanak kecil di sana juga mempunyai hasrat yg besar.Tanyalah pd mereka,bila sudah bsr mahu jd apa?Jawabnya kami mahu menjadi mujahid!Sewaktu mengadakan progam berbuka puasa di slh sebuah masjid di sana,hiruk- pikuk kanak-kanak palestin sungguh riang bermain.Namun,sebaik sahaja azan berkumandang dn solat dimulakan,sedetik bunyi pun tidak kedengran dr mulut kanak-kanak itu hingga selesai nenunaikan terawih.Mereka tertib di saf masing-masing,hatta si kecil berusia  4 thn juga tdk berani bersuara.Mereka sudah tahu bila tiba waktu solat,adalah masa yg dihormati dn tidak  boleh berbuat bising.Jika di Malaysia,saya tidak akan merasa suasana ini.Selalunya,bila solat terawih di masjid,pasti akan diiringi suara kanak-kanak bermain di luar masjid.Tak kurang juga yg membakar mercun hingga terkejut imam dibuatnya.

           Di Gaza,ke mana saja kami pergi,kanak-kanak akan datang mengerumuni kami.Bukan utk meminta tapi sekadar utk bersalaman.Tak perlu anda hulurkan wang.Mereka tidak akan menerimanya.Tiada istilah pengemis di sini.Mereka tidak diajar utk meminta-minta walaupun hidup susah,sebaliknya diasuh berkongsi apa yang mereka ada dgn orng lain.Jika seorang mendapat sebuku roti,dia akan membahagikan dgn rakan-rakannya yg lain.biarpun roti itu nanti akan tinggal secubit utknya,tidak mengapa.Itulah salah satu manifestasi mereka di sana,yg tidak dpt dilihat di Negara kita.

            Ya,Gaza memerlukan bantuan kita,tetapi,dalam masa yang sama,penduduk di sana boleh mengumpul sumbangan utk diberikan pula kpd saudara kita di Somalia.Subhanallah,walaupun mereka susah,tapi mereka tetap menyumbang walaupun sedikit kerana mereka percaya,saudara kita di Somalia lebih susah dan perlu dibantu.Adakah kita di sini mempunyai sifat semulia mereka?Seperti salah satu maksud dalam surah At-Taubah yang berbunyi”sesungguhnya Allah membeli jiwa dan raga mereka yang berjuang ke jalan Allah.”

            Inilah dia penduduk Palestin.Mereka tidak menangis bila kehilangan kaki dan tangan,mereka tidak takut menuju ke medan perang.Kerana kata mereka,Allah telah beli anggota tubuh mereka.Jadi,mereka tidak kisah kehilangannya.Mampukah kita menjadi seperti mereka?

No comments: