Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh,
situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai
baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak
keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar
kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal
pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit
berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita
mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa
buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib
taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana
keadilan pada kaum hawa?”
Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang
boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita tak boleh nak beribadat
macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa.
Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.
Dan kemudian datanglah pertubuhan
dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara
gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana
disogok pertanyaan.
Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur
aku ni lelaki!”
Tunggu..! Istigfarlah pada wanita
yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah
seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu
menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan
keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab
soalan-soalan melampau itu.
Lelaki beriman menjawab keluhan
remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang
mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai
serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata,
adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah
agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi
dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki,
yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat
kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu
tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya,
jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak
pakai hanya seluar pendek!”
Lelaki beriman menjawab keluhan
isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami.
Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih
utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi,
taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami
kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
Lelaki beriman menjawab keluhan
remaja perempuan B:
“Betul
ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta
itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.
Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia
perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau
isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah
jawabnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan
isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat
mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh
sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula
masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga
menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai
orang wanita meninggal masa melahirkan”
Lelaki beriman menjawab Keluhan
isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki
lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita.
Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik
perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh
empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah
anak lelaki awak!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan
remaja perempuan C:
“Nak
beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai
wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga,
ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa
bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami
awak. Itu saja asasnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan
isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib
berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan
menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala
setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat
senjata!”
Lelaki beriman
bertanya, “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
Namun, wanita-wanita tadi menangis
dan salah seorangnya berkata, “MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita,
namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami
berbanding kaum lelaki.”
Demikianlah dialog wanita-wanita
yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam
tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada
cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.
Allah, yang menciptakan kita, maka
sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah
peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala
peraturan yang dicipta manusia.
Wahai lelaki, jagalah isterimu
kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah
mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda
sekalian.
Berbahagialah wahai para muslimah.
Tunaikan dan tegakkan agamamu, nescaya syurga menanti.
p/s:untungnye kita perempuan..^_^
No comments:
Post a Comment